KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) akan melancarkan Pelan Advokasi Gula dalam masa terdekat, sebagai salah satu inisiatif mengurangkan pengambilan gula dalam kalangan rakyat Malaysia.
Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, pelan tersebut juga sebagai usaha untuk menangani penyakit tidak berjangkit terutamanya kencing manis.
Jelas beliau, Pelan Advokasi Gula akan meliputi semua peringkat umur iaitu pra-sekolah, sekolah rendah, institusi pengajian tinggi serta individu dewasa dan warga emas.
"Pelan ini kita libatkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan ibu bapa, ketua kampung, pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) serta pejabat Parlimen.
"Saya mohon juga kerjasama daripada semua Ahli Parlimen untuk sama-sama kita menjadi negara kita kurang manis," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) yang bertanya mengenai usaha yang akan dilakukan KKM bagi meningkatkan kesedaran awam tentang bahaya pengambilan gula secara berlebihan.
Mengulas lanjut, Dr Zaliha berkata, KKM kini sedang dalam fasa akhir sesi libat urus bersama persatuan penjaja termasuk Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Putrajaya untuk menyediakan pilihan minuman tanpa gula kepada masyarakat.
Inisiatif tersebut, tambah beliau bagi menyokong kempen menggurangkan gula dengan slogan 'Satu Sudu Teh Dah Cukup, Kurang Lebih Baik, Tiada Terbaik'.
"Ini sebenarnya sangat bagus sebab di antara kedai-kedai yang kita lihat buka sampai malam ialah kedai mamak.
"Apabila melaksanakan ini, insya-Allah ia boleh membantu kita dalam advokasi untuk mengurangkan penggunaan gula dalam komuniti dan penduduk Malaysia," ujar Dr Zaliha.
Media tempatan pada November tahun lalu melaporkan, Malaysia mempunyai jumlah penghidap penyakit kencing manis atau diabetes yang tertinggi di Asia, dan kedua tertinggi di dunia selepas Arab Saudi.
Hasimi Muhamad
Thu Nov 23 2023
Dr Zaliha berkata, KKM kini sedang dalam fasa akhir sesi libat urus bersama persatuan penjaja untuk menyediakan pilihan minuman tanpa gula kepada masyarakat. - Gambar fail/BERNAMA
Perekrutan ahli JI masih berlaku dalam keluarga - Pakar
Prof Dr Mohd Mizan Mohammad Aslam berkata gerakan JI dalam anggota keluarga disifatkan masih efektif walaupun kumpulan terbabit tidak berinteraksi antara satu sama lain.
Orang kampung sekitar Ulu Tiram rasa terancam
Situasi di Kampung Sungai Ulu Tiram, alamat terakhir suspek yang mati ditembak.
Firdaus Azil, Wartawan Astro AWANI
Firdaus Azil, Wartawan Astro AWANI
KBS harap siasatan insiden serangan terhadap pemain bola sepak diselesaikan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berharap siasatan berkaitan insiden serangan melibatkan tiga pemain bola sepak negara baru-baru ini dapat diselesaikan secepat mungkin, kata Menterinya Hannah Yeoh.
FAM pertimbang wujudkan kembali program Harimau Muda
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedang melihat potensi untuk mewujudkan kembali program Harimau Muda antaranya bertujuan sebagai platform kesinambungan kepada pembangunan pemain muda negara.
Jejas pendapatan nelayan
Cuaca panas dan kering yang panjang di laut untuk mencari rezeki malahan keadaan arus juga menyebabkan pendapatan nelayan pesisir pantai turut terjejas.
Anggap polis sebagai musuh, dipercayai antara punca serangan
Rasa benci terhadap pihak berkuasa, dipercayai menjadi punca kepada serangan pengganas Jemaah Islamiah terhadap Balai Polis Ulu Tiram pada Jumaat, yang telah mengorbankan dua anggota polis.
FIFA, AFC akan bantu Palestin - Hamidin
FIFA dan AFC akan memberi bantuan yang diperlukan oleh Persatuan Bola Sepak Palestin (PFA) susulan konflik Palestin dan Israel.
[KRONOLOGI] Serangan Balai Polis Ulu Tiram
[KRONOLOGI] Serangan Balai Polis Ulu Tiram
Mangsa banjir di Perak meningkat kepada 537 orang
Mangsa banjir di tiga daerah di Perak meningkat kepada 537 orang daripada 152 keluarga pada jam 4 petang Jumaat.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Anggap polis 'musuh', 'layak dibunuh' dipercayai antara motif - Pakar
Mohd Mizan berkata kumpulan terbabit menyasarkan balai polis kerana dipercayai bagi tujuan pemilikan senjata api.
KKM lancar Pelan Advokasi Gula dalam masa terdekat
Pelan tersebut juga sebagai usaha untuk menangani penyakit tidak berjangkit terutamanya kencing manis.